Skip to main
Logo Malaysiakini

Trump dakwa Republikan kekal kuasai Senat AS

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam sidang media pada Khamis malam mendakwa Republikan masih kekal menguasai Senat.

"Kami mempertahankan Senat malah mempunyai dua kali lebih banyak kerusi untuk dipertahankan berbanding Demokrat," lapor agensi berita Sputnik.

Trump menambah Republikan di Dewan Perwakilan juga tidak tewas dalam perlumbaan mereka pada pilihan raya AS 2020 sebaliknya memperoleh kejayaan.

-Bernama