Skip to main
Logo Malaysiakini

Biden dahului tipis di Georgia, semakin menghampiri Rumah Putih

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Calon presiden Demokrat Joe Biden sedang mendahuli Presiden Donald Trump di negeri penentu, Georgia untuk pertama kalinya pada awal Jumaat. Rumah Putih kini dalam jangkauannya dan dia semakin hampir dengan negeri-negeri lain sedang mengira undi.

Mengikut kebanyakan stesen televisyen utama, Biden sedang mendahului dengan 253 undi elektoral berbanding 214 yang diperolehi Trump. Dengan memenangi 16 undi elektoral Georgia akan meletakkan bekas naib presiden itu semakin hampir di puncak dengan 270 yang diperlukan untuk menjadi presiden Amerika Syarikat.

Biden, 77, akan menjadi presiden seterusnya jika dia menang di Pennsylvania, atau merampas dua dari tiga negeri berikut - Georgia, Nevada dan Arizona. Laluan Trump pula kelihatan semakin sempit - dia perlu bergantung kepada kedua-dua Pennsylvania dan Georgia serta juga mengalahkan Biden di Nevada atau Arizona.

Biden sedang mendahului dengan 917 undi di Georgia, dengan kiraan undi masih berterusan pada awal Jumaat.

Anjakan di Georgia berlaku beberapa jam setelah Trump tampil di Rumah Putih dan membuat dakwaan tidak berasas, menegaskan calon Demokrat menggunakan 'undi tidak sah' dan mengulangi ada yang 'mencuri' undi pilihan raya daripadanya.

[Baca berita penuh]