Nufam: Belanjawan 2021 boleh 'lumpuhkan' industri penerbangan
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) kesal kerana industri penerbangan, hotel, dan pelancongan tidak diberi sokongan kuat dalam Belanjawan 2021 untuk membantu mereka mengharungi dampak buruk wabak Covid-19.
Naib Setiausaha Agung Nufam Shashi Kumar berkata Belanjawan 2021 yang diumumkan semalam tidak membantu mereka yang terjejas dalam industri penerbangan, dan lebih teruk lagi, boleh melumpuhkan industri ini pada tahun depan.
"Nufam meramalkan syarikat penerbangan akan terus lumpuh lagi menjelang tahun depan jika kerajaan menawarkan belanjawan sebegini kepada industri.
"Rakyat sekarang menderita dan apa yang mereka dapat hanyalah program peningkatan, insurans pekerjaan dan pengeluaran KWSP RM500 disamping bantuan kewangan Prihatin jika mereka layak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shashi (gambar, atas) berkata pekerja teknikal seperti juruterbang dan jurutera tidak perlu menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan ini hanya akan memberi manfaat kepada mereka yang menjalankan program berkenaan.
"Walaupun sepatutnya melihat perlindungan pekerjaan, kami sekarang menyaksikan lebih banyak belanjawan penyesuaian semula dan peningkatan kemahiran yang sangat popular sekarang di kalangan pihak dalam perniagaan ini.
"Secara semula jadi, kumpulan ini akan menjadi lebih gembira kerana pemberhentian pekerja adalah perniagaan bagi mereka. Tetapi sewajarnya menyelamatkan industri terlebih dahulu sebelum kita membiarkan semua ini berlaku? Ada keperluan untuk keselamatan pekerjaan," katanya.
Memandangkan pekerja syarikat penerbangan terdedah kepada Covid-19, Shashi berkata "elaun berisiko tinggi" seharusnya diberikan kepada mereka di bawah Belanjawan 2021.
Awal bulan ini, Malindo Air memberhentikan 2,647 pekerja kerana masalah kewangan yang disebabkan wabak Covid-19 manakala AirAsia memberhentikan sekitar 2,400 pekerja.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai