Sidang DUN Melaka ditangguh, Adun PKR anggap tak wajar
Sidangan Dewan Undang Negeri (DUN) Melaka yang dijadual bermula 9 Nov hingga 11 Nov ditangguhkan selama sebulan.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Melaka, Ahmad Azlan Ahmad Salleh, penangguhan itu dilakukan susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai esok.
PKPB mengenakan sekatan untuk mengadakan perhimpunan dan perjalanan, walaupun mesyuarat perundangan tidak dilarang secara menyeluruh.
Dengan penjadualan semula sidang berkenaan, DUN Melaka akan menyaksikan pembentangan belanjawan untuk neger itu diadakan pada 8 Dis.
Sementara itu, Adun Machap, Genie Lim, membantah keputusan kerajaan negeri untuk menunda persidangan tersebut kerana menganggap ia bakal menyulitkan pentadbiran kerajaan negeri dan menimbulkan kegusaran rakyat.
Lim yang juga merupakan ahli jawatankuasa Wanita PKR itu berkata penting untuk belanjawan kali ini dibahaskan oleh semua Adun kerana membabitkan dasar ekonomi dan kebajikan rakyat.
“Kerajaan Melaka wajar mencontohi Selangor yang meneruskan sidang DUN mereka walaupun dalam keadaan negeri itu dikenakan PKPB.
“Selangor membuktikan sidangan DUN boleh dikendalikan dengan mematuhi prosedur operasi standard pencegahan wabak Covid-19,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai