Skip to main
Logo Malaysiakini

Empat korban, 852 kes, lepas 5 hari lebih 1,000 kes

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 852 kes baru dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini selepas lima hari berturut-turut kes harian mencatat lebih seribu kes.

Sehingga kini, terdapat empat kematian, manakala 94 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,689 kes.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," kata Noor Hisham.

Seramai 825 pesakit pulih pada hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 28,234 kes.

Sabah mencatatkan sebanyak 524 kes (61.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 161 kes (18.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 24 kes positif (2.8 peratus) pada hari ini.

Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menyumbang sebanyak 709 kes (83.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif Covid-19 pada hari ini.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 524 kes

  • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 338 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 97 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.3

Selangor: 136 kes

  • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 104 kes

  • 93 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Ikhtisas;
  • Lapan (8) daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan : 23 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 20 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 18 kes

  • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.

Melaka: Lima (5) kes

  • Tiga (3) daripada kluster baru iaitu Kluster Berendam; dan
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Kedah: Tiga (3) kes

  • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Kelantan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: Satu (1) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.