Skip to main
Logo Malaysiakini

Dua lagi kluster baru dikesan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan dua lagi kluster baru Covid-19 melibatkan negeri Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kluster Ikhtisas dikesan di Petaling dan Klang, Selangor, Jeli di Kelantan dan Seremban di Negeri Sembilan. Kluster tersebut mencatatkan 21 kes setakat ini.

Di Melaka pula, Kluster Berendam dikesan di Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah yang mencatatkan lima kes positif Covid-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa Kluster Putra melibatkan Daerah Bintulu di Sarawak dan Kluster Kuarters melibatkan Daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sabah diisytiharkan tamat hari ini. Tiada kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster itu.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.