TV3 mohon maaf kerana lapor Kamala Harris anak pendatang tanpa izin
TV3 memohon maaf kerana menyebut naib presiden Kamala Devi Harris sebagai “anak pendatang tanpa izin dari India”.
Permohonan maaf yang dibacakan seorang seorang pengacara TV itu turut dimuat naik ke Twitter.
“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam, kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai naib presiden Amerika Syarikat yang baharu, Kamala Harris,” kata stesen itu.
Sebelum ini, senator MIC S Vell Paari antara yang tampil mengetengahkan perkara itu.
Katanya, ibu Kamala, Shyamala Gopalan datang dari Chennai, India pada usia 19 tahun untuk belajar di Universiti California sebelum bertemu dan berkahwin dengan ayahnya.
“Ibunya seorang saintis yang terlibat dalam bidang onkologi lanjutan. Semak Wikipedia.
“Saya tak boleh faham suka betul kamu dengan perkataan ‘pendatang’. Saya harap ini kesalahan yang tidak disengajakan,” kata Vell Paari.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai