Skip to main
Logo Malaysiakini

Putera Mahkota Saudi ucap tahniah pada Biden

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, mengutuskan ucapan tahniah kepada presiden dipilih Joe Biden atas kemenangannya pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Isnin.

Baginda selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menzahirkan ucapan tahniah serta syabas kepada Biden dan juga rakyat Amerika, semoga terus maju dan berjaya.

- Bernama