Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPB: Sabah benarkan nikah tapi kena ikut SOP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata Kerajaan Negeri Sabah membenarkan upacara pernikahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi ialah akad nikah hanya boleh dilangsungkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

"Permohonan kahwin boleh dibuat di pejabat JHEAINS daerah yang berhampiran dan borang permohonan perlu lengkap serta diluluskan oleh pendaftar perkahwinan sebelum akad nikah.

"Pemohon boleh mencadangkan tarikh akad nikah mengikut kesesuaian pejabat JHEAINS daerah dan kehadiran semasa akad nikah dihadkan kepada tiga orang sahaja iaitu pengantin lelaki dan perempuan serta wali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata kursus praperkawinan bagi orang Islam juga boleh dilakukan secara dalam talian.

"Permohohan kursus praperkahwinan dalam talian boleh dilakukan di https://forms.gle/NA7HAUtiBPaAZc5N7 dan yuran pendaftaran ialah sebanyak RM75 bagi seorang peserta," katanya. 

- Bernama