Skip to main
Logo Malaysiakini

China ucap tahniah pada Joe Biden, Kamala Harris

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | China mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Harris, berkata republik itu akan menghormati pilihan rakyat Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita China Xinhua.

"China telah mengikuti maklum balas domestik dan antarabangsa terhadap pilihan raya presiden AS," kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin pada taklimat akhbar harian pada hari Jumaat.

"Kami memahami keputusan pilihan raya akan ditentukan sesuai dengan prosedur dan undang-undang AS," tambah Wang.