KKM gesa orang ramai sabar tunggu hasil ujian Covid-19
Individu yang telah diuji Covid-19 dinasihatkan untuk bersabar dan menunggu pejabat kesihatan daerah masing-masing memanggil mereka setelah kepututusannya siap.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pejabat kesihatan daerah (PKD) telah menerima banyak panggilan telefon yang menanyakan mengenai hasil ujian.
Ini menyebabkan banyak panggilan tidak dapat dilayan atau terlepas.
"Sekarang ini ramai call pusat kesihatan. Dalam tempoh kurang 24 jam memang banyak panggilan. Ujian mungkin (ambil masa) 48 hingga 72 jam.
"Kita harapkan org ramai dapat bersabar kerana Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan call individu kalau keputusan telah siap. Biar PKD laksana tugas untuk maklumkan," katanya kepada pemberita pada taklimat harian Covid-19 KKM hari ini.
Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan wartawan mengenai aduan orang ramai yang mendakwa panggilan mereka ke PKD masing-masing di negara ini untuk bertanya mengenai ujian Covid-19 mereka tidak berjaya.
Ditanya mengenai saranan kementerian menggunakan laman webnya untuk orang ramai memeriksa keputusan ujiannya, beliau berkata pihaknya tidak dapat berbuat demikian kerana masalah privasi.
Sementara itu, semasa sidang media, Noor Hisham mendedahkan paling lama pesakit Covid-19 terpaksa dirawat sehingga ujian mengesahkan bahawa individu itu bebas virus itu adalah 73 hari.
Ini berlaku pada tahap awal pandemeik ketika kementerian menerapkan polisi pesakit positif hanya dapat dikeluarkan ketika ujian RT-PCR mereka memberikan hasil negatif selama dua kali berturut-turut.
Protokol pelepasan diubah oleh kementerian pada bulan Jun, di mana pelepasan ujian RT-PCR bukan lagi kriteria untuk pesakit Covid-19 dikeluarkan dari rawatan.
Noor Hisham berkata terdapat dua pesakit positif lain yang menghabiskan masa yang lama dalam rawatan, yang disebabkan oleh komplikasi perubatan yang mereka alami.
Katanya, bagi kategori bukan warganegara, masa terpanjang dalam rawatan adalah 108 hari, sementara bagi rakyat Malaysia, selama 98 hari.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai