Profesor direman 6 hari bantu siasatan kes rasuah RM100,000
Seorang bekas pengurus besar sebuah institut penyelidikan bergelar profesor direman selama enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM100,000.
Profesor itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam untuk memberikan keterangan semalam.
Perintah reman keluarkan majistret Shah Alam, Syajaratudur Abd Rahman.
Suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai "khidmat perundingan" dalam pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya berkhidmat.
Tanah tersebut dinilai pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sebagai pembayaran rasuah untuk dirinya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim mengesahkan penahanan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai