Veteran Umno Zaleha Ismail kembali ke rahmatullah
Veteran Umno, Tan Sri Zaleha Ismail, 84 tahun kembali ke rahmatullah pada jam 8.34 malam ini di Hospital Tawakal di Kuala Lumpur.
Jenazah allahyarhamah dilapor dibawa ke kediamannya di Jalan Berlian, Taman Perwira Satu, Batu 6, Gombak dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota jam 10 pagi esok.
Sementara itu, adik ipar allahyarhamahah, Abdul Aziz Shahrin, 60, dipetik Bernama mengesahkan allahyarhamah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang tadi.
“Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi esok untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini,” katanya.
Zaleha pernah menjawat menteri perpaduan dan pembangunan masyarakat dari 1995 ke 1999.
Selain pernah menyandang jawatan ahli majlis tertinggi, allahyarhamah pernah dilantik sebagai naib ketua Wanita Umno dari 1976 ke 1980.
Allahyarhamah dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya allahyarham Abd Rahman Ali iaitu Dr Zurin Adnan, Zurin Azlan dan Zurin Azrai.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai