Pesakit Covid-19 terselamat lepas terjun dari tingkat enam hospital
Seorang pesakit Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) terselamat selepas lompat dari tingkat enam hopital berkenaan, semalam.
Harian Metro melaporkan, pesakit berkenaan yang berusia 64 tahun dan juga merupakan pesakit kanser, terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital berkenaan.
Laporan itu memetik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji yang berkata mangsa dipercayai tertekan sebelum mengambil keputusan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Sabah merupakan negeri yang paling teruk dilanda gelombang ketiga Covid-19.
Sehingga tengah hari semalam, 168 kematian di wilayah tersebut disebabkan oleh Covid-19.
Angka kematian akibat Covid-19 seluruh negara kini 306 setakat semalam, dengan Sabah menyumbang 55 peratus.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai