Skip to main
Logo Malaysiakini

Hasrat lelaki Orang Asli musnah, motosikal terbakar dalam perjalanan ke baitulmal

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor musnah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, di Johor Bahru, hari ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal terbabit.

Malah katanya, lelaki berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun itu juga tersesat jalan ketika dalam perjalanan.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadam atas tindakan pantas seorang anggota daripada Balai Polis Senai, iaitu Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu sedang bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.

“Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walaubagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut,” katanya.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap ketiga-tiga mereka.

- Bernama