Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengeluaran KWSP: 'Jangan bunuh pesakit untuk sembuhkan penyakit'

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lo meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tidak mengorbankan simpanan persaraan pencarum untuk mendanai pengeluaran yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

"Kesatuan Pekerja Bank Sarawak dan MTUC Sarawak memahami sepenuhnya kenyataan KWSP bahawa ia perlu mencairkan aset untuk membiayai pengeluaran yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa Belanjawan 2021.

"Bagaimanapun, KWSP tidak seharusnya menjadi sasaran untuk menutup kegagalan kerajaan memberikan bantuan yang cukup kepada berjuta-juta pekerja miskin, terutama mereka yang bekerja di sektor swasta," kata Lo, yang juga ketua MTUC Sarawak.

Dia mengatakan bahawa jika KWSP terpaksa mencairkan asetnya dan mengimbangkan semula portfolio untuk menyediakan berbilion-bilion ringgit kepada penyumbang yang memerlukan dana untuk mengurangkan kemelut kewangan, maka akan kehilangan peluang besar untuk mengambil peluang melabur dalam aset berkualiti tinggi yang mempunyai penilaian rendah.

"Ini akan mempengaruhi pendapatan dan kualiti pelaburan KWSP di masa hadapan dan kompromi dividen yang dibayar.

"Paling mengganggu, ini menjejaskan kemampuan KWSP untuk melaksanakan tujuan utamanya - untuk menyediakan simpanan persaraan kepada pencarumnya," tambah Lo.

Tambah Lo, lebih-lebih lagi apabila mereka yang paling memerlukan pengeluaran KWSP tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun mereka.

Last week, EPF CEO Tunku Alizakri Alias revealed that based on EPF statistics, a total of 43 percent or 5.38 million members under the age of 55 have savings of less than RM10,000 in Account 1.

Minggu lalu, KEtua Pegawai Eksekutif KWSP Alizakri Alias mendedahkan bahawa berdasarkan statistik KWSP, sebanyak 43 peratus atau 5.38 jula pencarum di bawah umur 55 mempunyai simpanan sekitar RM1,000 dalam Akaun 1 mereka.

"Ini adalah sesuatu yang mencerminkan dasar gaji rendah kerajaan selama 60 tahun lalu," kata Lo.

Dia mengingatkan kerajaan bahawa pekerja sektor swasta tidak mempunyai pencen ketika mereka bersara, tidak seperti penjawat awam, menteri dan Anggota Parlimen.

"Tindakan menggali wang tunai KWSP secara berterusan oleh kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seperti mengurangkan kadar caruman pekerja, yang membolehkan pelbagai pengeluaran, bahkan untuk haji, telah memburukkan keadaan.

"Jangan bunuh pesakit untuk menyembuhkan penyakit," katanya.