Skip to main
Logo Malaysiakini

Lelaki maut jatuh Gunung Gua Sireh ketika cari pokok paku aji

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun Gunung Gua Sireh dekat Baling, ketika mencari pokok hiasan bersama rakannya di kawasan berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata mangsa Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas, Baling maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 100 meter.

"Mangsa yang melakukan kerja-kerja kampung telah ke gunung berkenaan pada 10 pagi bersama seorang rakan lelaki yang berumur 32 tahun untuk mencari pokok hiasan (pokok paku aji) sebelum dipercayai terjatuh pada 11 pagi.

"Polis yang menerima laporan pada 12.30 tengah hari telah bergegas ke tempat kejadian dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Syed Basri berkata buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

- Bernama