Skip to main
Logo Malaysiakini

Trump akhirnya benar pentadbirannya teruskan peralihan ke Biden

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Setelah tentangan berminggu-minggu, Presiden Donald Trump pada Isnin mengizinkan pegawainya untuk melakukan peralihan kepada bakal presiden Joe Biden, dengan memberi seteru Demokrat itu akses kepada taklimat dan dana walaupun dia berikrar untuk terus berusaha menentang keputusan pilihan raya berkenaan.

Trump, calon Republikan, telah mendakwa berlakunya penipuan pengundian yang meluas pada pilihan raya 3 November lalu tanpa memberikan bukti.

Walaupun belum mengakui kemenangan Biden, pengumumannya pada Isnin itu adalah yang paling hampir dia mengakui kekalahan.

Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) yang adalah agensi persekutuan memberitahu Biden pada Isnin bahawa dia secara rasmi boleh meneruskan proses penyerahan kuasa.

Pentadbir GSA Emily Murphy dalam suratnya berkata, bahawa Biden sekarang akan memiliki akses ke atas sumber-sumber yang dinafikan kepadanya kerana cabaran undang-undang untuk membatalkan kemenangannya.

Selain dana, pasukan Biden juga akan memiliki akses ke atas ruang pejabat dan peluang bertemu dengan pegawai persekutuan.

[Baca berita penuh]