Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim bermula Jumaat ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah bermula Jumaat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata PKPD itu membabitkan kira-kira 6,000 penduduk di 1,412 rumah yang tinggal di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1, Taman Kangkong 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.

“Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 197 ujian saringan secara bersasar dan sebanyak 50 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini.

“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, PKPD akan dikenakan di lokaliti ini selama 14 hari bermula 27 Nov hingga 10 Dis ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata susulan itu, semua penduduk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD kecuali bagi kes kecemasan selain penutupan sekolah, masjid dan rumah ibadat lain.

[Berita penuh menyusul]

- Bernama