Skip to main
Logo Malaysiakini

1,315 kes, 118 pesakit di ICU, 457 kes di Lembah Klang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jangkitan Covid-19 hari ini terus merekodkan peningkatan empat angka dengan 1,315 kes baru, maklum Kementerian Kesihatan.

Bermula semalam kes Covid-19 kembali mencatatkan empat angka sebanyak 1,109 kes selepas negara selama beberapa hari mencatat penurunan jangkitan dengan tiga angka.

Seramai empat kematian dicatatkan, manakala 118 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dengan 43 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baru hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 63,176 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 11,508 kes.

“Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah penularan Covid-19 dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 1,110 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 51,314 kes.

Mengenai kes kematian hari ini, kesemuanya dilaporkan di Sabah melibatkan dua lelaki dan dua perempuan, menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 354 kes.

Kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan berusia 84 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata, manakala seorang lagi lelaki bukan warganegara didakwa berumur 130 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Kes kematian ketiga melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berusia empat tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau dan seorang wanita bukan warganegara berusia 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 118 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status terkini Covid-19 setakat 28 November 2020:

Jumlah kes baru: 1315 kes

Jumlah kumulatif: 63176 kes

Jumlah kes aktif: 11508 kes

Kes tempatan: 1310 kes

Kes import: 5 kes

Jumlah kematian: 4 kes (1 WN, 3 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 350 kes (0.56%)

Jumlah kes di ICU: 118 kes

Pesakit intubated: 43 kes

Jumlah sembuh baru: 1110 kes

Jumlah kumulatif discaj: 51314 kes (81.2%)

Ringkasan taburan kes mengikut negeri:

Sabah (476)

Selangor (266)

Kuala Lumpur (191)

Perak (167)

Penang (92)

Johor (46)

Negeri Sembilan (41)

Kelantan (18)

Kedah (17)

Malacca (1)

Pahang (0)

Labuan (0)

Sarawak (0)

Terengganu (0)

Putrajaya (0)

Perlis (0)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.