Skip to main
Logo Malaysiakini

Mayat lelaki ditemui terapung di Teluk Batik

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemukan terapung berhampiran sebuah medan ikan bakar di Teluk Batik di Lumut, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata maklumat mengenai penemuan mayat itu diterima pada pukul 5.45 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 40 tahun yang berasal dari Pulau Pangkor.

“Menurut waris, mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Omar berkata mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR).

-Bernama