Skip to main
Logo Malaysiakini

Gabenor Jakarta disahkan positif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Gabenor Jakarta Anies Baswedan disahkan dijangkiti Covid-19 dua hari selepas timbalannya Ahmad Riza Patria positif wabak yang menular dari Wuhan, China itu.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh Anies dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi.

"Hasil ujian PCR (polymerase chain reaction) menyatakan bahwa saya positif," katanya.

Berita itu menyusul selepas Ahmad Riza terlebih dulu disahkan positif Covid-19 dan jumlah jangkitan di Jakarta terus meningkat pada kadar membimbangkang.

Dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 1,099 kes baru dicatatkan selain 2,660 kes kematian akibat wabak tersebut.

Menurut CNN Indonesia walaupun positif Covid-19 Anies dan Ahmad Riza akan terus menjalankan tugas dan mengadakan pertemuan secara maya kerana kedua-duanya sedang menjalani kuarantin selama dua minggu.

"Kita semua sudah terbiasa menjalankan kerja sebegini sejak April lalu maka tidak perlu ada kebimbangan mengenai produktiviti akan menurun atau tugas terganggu," katanya.

Melalui ciapan di Twitter pula Anies mengajak orang ramai agar bersama-sama menjaga keselamatan antara satu sama lain.

"Semoga kita semua terus diberi kesihatan oleh Allah SWT," katanya.