Calon presiden baru mahu timbang semula pendekatan agresif JMM
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pimpinan Azwanddin Hamzah terkenal sebagai kumpulan pendesak yang lantang.
Bagaimanapun pendekatan itu bukan lagi keutamaan, sekurang-kurangnya bagi calon presidennya yang baru Hamdan Salleh.
Hamdan Salleh, kini berkhidmat sebagai setiausaha kumpulan itu, berkata sudah tiba masanya JMM memfokuskan kepada kebajikan anggota di seluruh negara.
“Kami sudah menimbang semula perjuangan kami yang selama ini agresif di jalanan dan agresif membuat laporan polis untuk menentang isu-isu seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan sebagainya.
“Matlamat kami untuk tahun akan datang adalah untuk mewujudkan jaringan ekonomi untuk membantu ahli JMM dahulu dan barulah kita akan memikirkan isu nasional,” katanya kepada Malaysiakini dan sebuah stesen TV.
Dalam sidang media di pejabat JMM di Ampang Jaya, Selangor, dia berkata JMM tidak akan lari daripada matlamat asal dalam perjuangan untuk memartabatkan kaum Melayu.
Hamdan mengumumkan akan bertanding untuk jawatan tersebut pada mesyuarat agung JMM 6 Disember ini dalam pertembungan tiga penjuru.
Dua calon lain adalah anggota jawatankuasa tertinggi JMM iaitu Azlan Johar dan Muhd Rabbani.
Azwanddin mengumumkan perletakkan jawatan pada 2 Ogos setelah mengetuai JMM selama 13 tahun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai