Skip to main
Logo Malaysiakini

Dua polis Kelantan positif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Polis Kelantan mengesahkan seorang pegawai dan anggotanya yang juga pasangan suami isteri disahkan positif Covid-19, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, berkata pegawai wanita berpangkat inspektor berusia 33 tahun bertugas di cawangan perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, manakala suaminya berusia 34 tahun merupakan koperal di cawangan pengangkutan IPD Pasir Mas.

Katanya, kedua-dua mereka dipercayai menerima jangkitan wabak itu daripada pengasuh anak mereka yang turut positif Covid-19.

"Punca jangkitan adalah dikatakan dari pengasuh kepada anak pegawai kanan itu yang disahkan positif Covid-19 iaitu Kluster Mengketil," katanya ketika dihubungi media, di Kota Bharu, hari ini.

Shafien berkata, pasangan itu bersama empat anak mereka menjalani ujian saringan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah, semalam.

Namun katanya, keputusan saringan mendapati keempat-empat anak mereka didapati negatif.

"Pesakit sudah dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan bersama kesemua anak-anaknya kerana masih kecil dan tiada penjaga," katanya.