Skip to main
Logo Malaysiakini

Lagi belanjawan kementerian lulus melalui undi suara

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar peringkat jawatankuasa.

Kementerian yang kedua diluluskan sidang Dewan Rakyat hari ini selepas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diluluskan melalui undi suara pagi tadi.

Speaker Azhar Harun memberitahu bahawa bajet perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar diluluskan selepas lebih banyak suara bersetuju (sokong).

Sesi penggulungan dilakukan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Latif Ahmad melibatkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM10,190,735,400.

Ini merupakan sesi perbahasan kementerian yang keempat diluluskan melalui undi suara.

Sementara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan melalui undian belah bahagi.

 

[Berita lanjut menyusul]