Skip to main
Logo Malaysiakini

DUN Perak tangguh untuk urusan mengadap istana

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan sehingga Rabu depan (9 Disember).

Speaker berkata ia dibuat bagi urusan memaklumkan keputusan usul percaya, yang menyaksikan menteri besar gagal mendapat sokongan, kepada sultan.

Katanya, dia akan menyembah maklum keputusan hari ini dan percaya menteri besar juga akan memohon mengadap susulan perkara sama.

"Saya percaya selepas ini saya mengambil masa sedikit iaitu kerana saya speaker sendiri terpaksa mohon izin menyembah maklum kepada seri paduka baginda sultan berkaitan dengan keputusan DUN Perak hari ini.

"Saya juga percaya selepas itu yang amat berhormat menteri besar akan memohon izin menghadap Seri Paduka Baginda untuk memaklumkan perkara yang sama tertakluk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

"Oleh yang demikian saya memohon ingin menangguhkan dewan ini sehingga hari Rabu 9 Disember pukul 2.30 petang," katanya selepas selesai undi percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Faizal pagi tadi kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat Umno, menyebabkan Adun Chenderiang hilang majoriti sebagai menteri besar.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

Dalam ucapannya, yang mungkin terakhir sebagai menteri besar, Faizal memberi komitmen terhadap peralihan lancar tampuk kepimpinan negeri.