Skip to main
Logo Malaysiakini

1,335 kes, 126 pesakit di ICU, kes tertinggi di S'gor

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jangkitan baru Covid-19 merekodkan sebanyak 1,335 kes pada hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11,039 kes manakala 1,069 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, dua kematian dicatat dengan jumlah terkumpul korban seramai 382 orang.

"Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya

Sementara itu, negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus).

Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 337 kes (65.4 peratus). 

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 258 kes (19.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 250 kes (18.7 peratus).

Sebanyak 243 kes (18.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Tembok (92 kes), Kluster PTS Sibuga (7 kes), Kluster Bakti (2 kes) dan Kluster Rumah Merah (1 kes).

Dr Noor Hisham hari ini juga memaklumkan tiga kluster baru dikenal pasti iaitu kluster Ceram (Negeri Sembilan), kluster Pulau Berhala (Sandakan, Sabah) dan kluster Jalan Tampoi (Johor Bahru).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.