Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiga lagi kluster baru dikesan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Tiga lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di negara ini melibatkan kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Ceram melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dengan kes awal positif COVID-19 dilaporkan pada 30 Nov hasil saringan individu bergejala.

"Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati 170 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 6 Dis, sejumlah 450 individu telah disaring, yang 171 kes telah dikesan positif dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah Kluster Pulau Berhala melibatkan daerah Sandakan, Sabah dengan kes awal dikesan pada 20 Nov hasil saringan komuniti.

Beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 208 individu telah disaring dan 24 kes positif dikesan dalam kluster tersebut.

Dr Noor Hisham berkata kluster ketiga pula melibatkan daerah Johor Bahru di Johor dengan kes awal dikesan pada 1 Dis hasil saringan individu bergejala.

Katanya sehingga hari ini sejumlah 212 individu telah disaring dan17 kes telah dikesan positif.

- Bernama