Skip to main
Logo Malaysiakini

Lokasi kes Covid-19 hari ini (8 Dis)

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


TAPAK PEMBINAAN

  • Valley Residences (Sky World/Skysierra), Setiawangsa

Kementerian Kesihatan mengarahkan tapak pembinaan ini ditutup mulai 7 Disember sehingga diberitahu kelak kerana kes Covid-19 dikesan di sana.

Kawasan ini akan menjalani pembersihan dan pembasmian kuman.

  • Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur

Sebanyak 72 kes Covid-19 dikesan di kalangan pekerja di tapak pembinaan ini, lapor iLifePost.

Jangkitan itu dikesan selepas pemaju menghantar semua 2,400 pekerja binaannya menjalani ujian swab untuk memastikan keselamatan kakitangannya dan masyarakat sekitar.


KEDIAMAN

  • KL Traders Square, Setapak, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok C diuji positif Covid-19 hari ini.

Semua kawasan umum akan dibasmi kuman, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk.

  • Midfields 2 Condominium, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok E didapati positif Covid-19, maklum pihak pengurusan mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, pesakit berkenaan didapati positif hari ini dan segera memberitahu pihak pengurusan.

Penghuni tersebut masih dalam kuarantin di rumah dan sedang menunggu ambulans untuk pergi ke hospital.

  • Seri Kasturi Apartment, Setia Alam, Selangor

Pihak pengurusan mengeluarkan notis baru bertarikh 8 Disember, memaklumkan satu lagi kes positif Covid-19 dikesan, kali ini di Blok 3.

Dilaporkan semalam dua kes telah disahkan dari Blok 4.

Pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan di semua kawasan umum.

Casa Magna Apartment, Kepong, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok A didapati positif, kata pihak pengurusan dalam notisnya hari ini.

Semua permukaan yang sering disentuh seperti butang lif dan pintu masuk telah dibersihkan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.