Skip to main
Logo Malaysiakini

Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Adun Kota Tampan Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-14.

Saarani, yang juga pengerusi Umno Perak, mengangkat sumpah di depan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

Ini merupakan upacara angkat sumpah Menteri Besar ketiga sejak PRU 2018.

Sultan Nazrin dalam titahnya ia adalah cerminan kegagalan dalam kepimpinan.

Menurut baginda, istiadat kali ketiga yang mencatatkan sejarah baru itu tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini.

Sejumlah lima orang exco turut mengangkat sumpah hari ini.

Bercakap dengan pemberita selepas upacara itu, Saarani menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bukannya perkara yang perlu dibanggakan.

Saarani dilantik ke jawatan itu susulan penyingkiran Ahmad Faizal Azumum menerusi undi percaya minggu lalu.

Umno pada mulanya berdepan kesukaran mendapatkan majoriti selepas Bersatu dan PAS tidak memberikan sokongan mereka.

Bagaimanapun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam memohon maaf atas tindakan Umno Perak dan persetujuan dicapai di antara tiga parti itu.

Zahid turut membuat persetujuan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung agihan jawatan dalam kerajaan negeri yang baru.