Skip to main
Logo Malaysiakini

Kadar pengangguran naik sedikit pada Oktober

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kadar pengangguran meningkat 0.1 peratus kepada 4.7 peratus pada Oktober berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat seramai 748,200 ribu penganggur pada Oktober 2020.

Jumlah tersebut 1.5 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Kadar pengangguran mencapai 5.3 peratus pada bulan Mei sebelum turun menjadi 4.6 peratus pada bulan September.

Bilangan warga yang bekerja pula sedikit meningkat (0.1 peratus) kepada 15.21 juta orang pada bulan Oktober berbanding bulan sebelumnya.

Angka-angka yang dilihat bertentangan ini dapat dijelaskan dengan peningkatan pengambilan tenaga kerja sebanyak 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut DOSM, pekerjaan di sektor pembinaan mencatat peningkatan sementara sektor pertanian, pembuatan dan perlombongan serta penggalian mencatat penurunan.

Menurut DOSM lagi, jumlah orang yang tidak bekerja buat sementara waktu dianggarkan seramai 183,600 pada bulan Oktober, meningkat daripada 100,700 orang pada bulan September.

Berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), jabatan itu berkata 7,416 dilaporkan hilang pekerjaan pada bulan Oktober, menurun daripada 7,388 orang pada bulan September.

DOSM turut menjangkakan permintaan pekerjaan yang lebih tinggi pada bulan Disember susulan penamatan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.