Skip to main
Logo Malaysiakini

Warisan: Jangan serang kami sebab mahu pembangkang tegas

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Jamman mempertahankan keputusan parti itu memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan.

Katanya, parti itu perlu bersuara bagi mendorong pembentukan kepimpinan pembangkang yang tegas.

Warisan tidak hadir dalam undian awal Belanjawan 2021 pada tahap jawatankuasa di Dewan Rakyat untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini selepas presiden PKR itu mengarahkan ahli parlimen pembangkang untuk tidak meminta undian blok ketika RUU perbekalan itu diundi pada peringkat dasar.

"(Kami) diserang kiri kanan bila kemukakan pentingnya melakukann perubahan dalam pucuk pimpinan pembangkang. Kita suarakan suara kita, pandangan kita kalau terima bagus, tak terima jangan kecam kita.

"Ini kawan kita ini, serang kita. Suruh kita minta maaf. Saya nyatakan di sini, bahawa suara saya keluarkan itu, bersifat pandangan kita berasaskan apa kita lihat.

"Kenyataan di hadapan kita. Bagaimana mungkin nak tumbangkan PN kalau pendirian pemimpin di peringkat blok pembangkang (parlimen) ini berubah-ubah. Tiada ketegasannya, dalam kita perlu tegas (decisive)," katanya.

Menurut Azis, Warisan diserang, terutama oleh Pemuda PKR, kerana membuat pendirian tersebut.

"Bila sebut jangan kecam kita. Itu pandangan kita," katanya.

Azis menjelaskan Warisan bukan di bawah gabungan PH tetapi sebahagian blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Azis juga mengulas saranan perwakilan parti supaya Warisan bertanding semua kerusi di Sabah.

"Realitinya dalam dunia politik kita perlu rakan.

"(Macam) suami isteri. Kalau dengar suami saja... (tanpa mahu) mendengar suara isteri tidak akan ada keharominaian dalam (rumah tangga)... ini kena faham kongsi, berkongsi," katanya lagi.