Skip to main
Logo Malaysiakini

1,229 kes: 4 kematian, lima negeri rekod lebih 100 kes

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jangkitan Covid-19 masih mencatat empat digit sebanyak 1,229 kes pada hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 83,475 kes.

"Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,667 kes," katanya pada satu kenyataan hari ini

Daripada kes baru hari ini, cuma dua membabitkan penularan dari luar negara.

Terdapat empat kematian direkod pada hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 415 korban, jelasnya.

Sementara itu, 115 kes positif sedang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Lembah Klang masih mencatatkan kes tertinggi, dengan Selangor sebanyak 435 kes dan 131 kes di Kuala Lumpur.

Sabah merekod 333 kes, manakala Johor dan Perak pula merekod lebih 100 kes baru.

Ringkasan kes kematian hari ini:

  • Pesakit 60,731 (kematian ke- 412): Warga emas perempuan berusia 83 tahun. Meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.
  • Pesakit 67,006 (kematian ke- 413): Meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Korban ialah orang kurang upaya, berpenyakit kencing manis, katarak dan buah pinggang kronik.
  • Pesakit 74,970 (kematian ke- 414): Meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Korban ialah orang kurang upaya, berpenyakit kencing manis, katarak dan buah pinggang kronik.
  • Pesakit 55,965 (kematian ke- 415): Meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Korban berenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti dan buah pinggang kronik.

Perincian kes Covid-19 mengikut negeri :

Sabah : 333 kes

Selangor: 435 kes

Kuala Lumpur: 131 kes

Kedah: 13 kes

Negeri Sembilan: 29 kes

Johor: 103 kes

Sarawak: tiada kes

Pulau Pinang: 26 kes

Perak: 105 kes

Pahang: 28 kes

Melaka: 7 kes

Kelantan: tiada kes

Terengganu: 12 kes

W.P Labuan: 6 kes

W.P Putrajaya: tiada kes

Perlis: 1 kes


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.