Skip to main
Logo Malaysiakini

Jururawat penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 di AS

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Seorang jururawat unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat (AS) menjadi antara individu pertama yang menerima vaksin Covid-19 semalam, lapor Reuters.

Jururawat itu, Sandra Lindsay menerima suntikan vaksin di Pusat Perubatan Jewish Long Island di New York - merupakan tempat penularan awal Covid-19 di Amerika Syarikat.

Lindsay menggangap penerimaan vaksin itu sebagai tanda “kesembuhan bakal tiba".

“Saya tidak rasa sebarang perbezaan daripada ketika mengambil vaksin lain.

"Hari ini saya berasa penuh harapan, lega...Saya harap ini menandakan bermulanya pengakhiran waktu yang amat sukar dalam sejarah kita," katanya seperti dipetik.

Lindsay berkata dia ingin menanamkan keyakinan di kalangan orang awam berhubung tahap keselamatan vaksin Covid-19.

Dia merupakan antara jururawat yang telah merawat pesakit Covid-19 paling tenat sejak beberapa bulan lalu.

Sandra Lindsay

Suntikan vaksin itu turut disaksikan Datuk Bandar New York Andrew Cuomo secara dalam talian.

Suntikan vaksin turut diberikan di beberapa hospital terpilih di beberapa kota, termasuk Los Angeles.

Gabenor California, Gavin Newsom yang menyaksikan acara pemberian vaksin itu menyifatkannya sebagai "hari yang hebat dan bersejarah".

Menurut Reuters, vaksin yang dibangunkan Pfizer Inc dan syarikat Jerman, BioNTech SE diluluskan untuk kegunaan kecemasan pada minggu lalu.

Ia diberikan secara dua dos - dengan dos kedua disuntuk tiga minggu selepas dos pertama.

Setakat semalam, vaksin itu telah diedarkan ke hampir semua 145 pusat edaran di Amerika Syarikat bagi suntikan peringkat pertama.

Sejak seminggu lalu, Amerika Syarikat mencatat purata kadar kematian 2,406 kes sehari, yang merupakan kadar tertinggi sejak Covid-19 mula menular.

[Baca berita asal]