Skip to main
Logo Malaysiakini

UNDIAN | 10 berita terhangat dan pencetus berita 2020

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pada Disember setiap tahun Malaysiakini akan menyajikan senarai berita terhangat dan pencetus berita tahunan untuk dipilih oleh pembaca.

Tahun ini antaranya menyaksikan pendemik yang tidak pernah berlaku, yang menyebabkan dunia diselimuti ketakutan - 2020 adalah ‘zaman edan’.

Kami serahkan kepada anda untuk memilih 10 berita terhangat daripada 18 yang disenaraikan, menurut turutan abjad, untuk diundi.

Pembaca boleh mengundi dengan memilih mata daripada 0 (terendah) sehingga 10 (tertinggi). Mata yang sama boleh digunakan berulang kali.

Untuk pencetus berita, individu itu tidak semestinya popular.

Dia sebaliknya harus konsisten mencetuskan berita dan mempengeruhi debat awam terhadap politik Malaysia - tidak kira sama ada ke arah lebih baik atau lebih buruk.

Sebanyak 22 calon disenaraikan. Anda boleh memilih lebih daripada seorang.

Pengundian akan berakhir pada 24 Disember dan keputusannya akan diumumkan pada 29 dan 30 Disember.

Klik di sini untuk mengundi.