Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes Covid-19 dunia lepasi 74 juta, 1.6 juta kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Kes Covid-19 global mencecah 74,087,090 dengan 1,646,687 kematian di seluruh dunia setakat jam 6.28 petang waktu tempatan (2328 GMT), pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua menurut data dikumpulkan Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) melaporkan sejumlah 16,914,853 kes dan 307,064 kematian, kedua-duanya adalah tertinggi di dunia, diikuti India sebanyak 9,932,547 kes.

Sementara itu Brazil merekodkan 7,040.608 kes dan 183,735 kematian, kedua tertinggi di dunia.

Negara-negara dengan lebih 1.8 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Turki, Britain dan Itali sementara negara yang mencatat lebih 52,000 kematian antaranya India, Mexico, Itali, Britain, Perancis dan Iran, menurut data itu.

Kes global mencecah 70 juta pada 11 Disember. Hanya mengambil masa lima hari untuk meningkatkan jumlah kes kepada 74 juta.

AS kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti, menyumbang lebih 22 peratus kes global.

Pada Selasa, AS menambah 3,019 kematian, jumlah korban ketiga tertinggi sejak pandemik itu bermula. Ia juga menandakan hari ke-43 berturut-turut lebih 100,000 kes dilaporkan setiap hari sejak November.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.