1,220 kes, kenaikan mendadak di Melaka
Kes baru penularan wabak Covid-19 terus berada di empat angka dan setakat jam 12 tengah hari ini, kes baru yang dicatatakan adalah 1,220 berbanding 1,295 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 89,133 kes dengan kes aktif sebanyak 14,7671.
Lebih 54 peratus kes baru hari ini adalah di Lembah Klang dengan Selangor mempunyai kes terbanyak iaitu 368 dan Kuala Lumpur pula mencatatkan 297 kes.
Negeri-negeri lain adalah seperti berikut: - Sabah (184), Melaka (98), Pulau Pinang (80), Johor (67), Perak (41), Negeri Sembilan (33), Labuan (16), Kelantan (10), Kedah (9), Sarawak (9), Pahang (4), Terengganu (2) dan Putrajaya (2).
Hanya Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes.
Sementara itu, tiga kematian dicatatkan dengan 106 kes sedang mendapatkan rawatan di ICU manakala 53 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Status ringkas Covid-19:
Jumlah sembuh baru: 1,297 kes
Jumlah kumulatif discaj: 74,030 kes (83.1%)
Jumlah kes baru: 1,220 kes
Jumlah kumulatif: 89,133 kes
Jumlah kes aktif: 14,671 kes
Kes tempatan: 1,214 kes
Kes import: 6 kes
Jumlah kematian baru: 3 kes (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 432 kes (0.48 peratus)
Jumlah kes di ICU: 106 kes
Pesakit intubated: 53 kes
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai