McDonald’s bayar zakat RM1 juta
McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia untuk tahun ini.
McDonald’s Malaysia menyampaikan bayaran itu kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dua majlis berasingan minggu ini.
“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar.
Menurut kenyataan media syarikat, pembayaran itu dibuat bagi empat tahun berturut-turut sejak syarikat itu diambil alih oleh Lionhorn Pte Ltd, anak syarikat Kumpulan Reza daripada Arab Saudi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai