Skip to main
Logo Malaysiakini

1,340 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 1,340 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 93,309 kes.

Lebih separuh kes baru itu dilaporkan di Lembah Klang, dengan Selangor mencatat 441 kes (32.9 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 284 kes (21.2 peratus).

Sabah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi dengan 196 kes (14.6 peratus).

Daripada 1,340 kes baru, 10 peratus (134 kes) berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen, melibatkan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

Perincian utama:

Kes aktif: 15,563 kes (423 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Pesakit di ICU: 116 (10 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 57 (6 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Terdapat empat lagi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban kepada 437 orang (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Korban terbaru adalah seperti berikut:

Pesakit 63,582 - Lelaki, 63 tahun, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Pesakit 70,071 - Lelaki, 67, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

Pesakit 72,925 - Lelaki, 78, meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Pesakit 91,013 - Lelaki, 77, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Dalam pada itu, seramai 1,067 lagi pesakit yang sembuh sepenuhnya hari ini, menjadikan kes sembuh kepada 77,309 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Tiga kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat tiga kluster baru yang dikenal pasti hari ini, iaitu Kluster Tapak Bina Metropolis di Kepong, Kuala Lumpur.

Kluster ini melaporkan kes positif sejak 14 Dis menerusi saringan tempat kerja. Setakat ini, seramai 481 orang telah disaring dengan 147 daripadanya didapati positif.

Kluster baru kedua ialah Kluster Estate Maju melibatkan Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-74,498) dilaporkan positif pada 8 Dis melalui saringan individu bergejala. Setakat ini, seramai 63 orang telah disaring dengan 28 daripadanya didapati positif.

Kluster baru ketiga pula Kluster Batu 39 di Pontian, Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-90,568) dilaporkan positif pada 18 Dis melalui saringan bersasar di tempat kerja. Setakat ini, seramai 152 orang telah disaring dengan 28 daripadanya positif.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 441 (satu adalah kes import)

Kuala Lumpur: 284

Sabah: 196

Negeri Sembilan: 169

Johor: 156

Pulau Pinang: 30

Labuan: 27

Pahang: 12

Perak: 10

Kedah: 6

Sarawak: 3 (dua adalah kes import)

Terengganu: 2

Putrajaya: 2

Melaka: 1

Kelantan: 1

Perlis: Tiada kes