Skip to main
Logo Malaysiakini

Kerajaan digesa benarkan PSC teliti proses perolehan vaksin

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan digesa membenarkan jawatankuasa pemilihan parlimen (PSC) mengenai kesihatan, sains dan inovasi yang baru dibentuk untuk meneliti proses pemerolehan vaksin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan pengamal perubatan Dr Kelvin Yii mengatakan PSC yang ahlinya terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang dapat memastikan ketelusan dalam proses perolehan dan membantu penerimaan masyarakat terhadap vaksin tersebut.

Dia mengatakan bahawa meskipun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah membuat penjelasan di Parlimen, pelbagai persoalan akan terus timbul dan PSC akan menjadi platform terbaik untuk menangani persoalan berkenaan.

"Dengan ketelusan dan pertanggungjawaban yang lebih banyak, kita dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksin dan membendung kesalahan maklumat, kekeliruan dan keraguan yang pasti akan mempengaruhi rancangan vaksinasi kerajaan.

"Kita juga perlu memastikan bahawa kita tidak ketinggalan dibandingkan dengan negara lain tanpa berkompromi dengan keselamatan rakyat kita," tambah Yii.

Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan vaksin Covid-19 dari Pfizer (AS), AstraZeneca (AS) dan Sinovac (China).

Rundingan dengan CanSinoBio (China) dan Pusat Nasional Gamaleya (Rusia) sedang berjalan.

Walaupun kerajaan telah menganggarkan RM3 bilion untuk vaksin tersebut, perjanjian menetapkan pecahan kos yang sebenar tidak boleh didedahkan.

Putrajaya telah melaporkan bahawa ia telah memperoleh cukup vaksin untuk 40 peratus penduduk setakat ini.