Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ: Vaksin cukup untuk semua orang dewasa, ada lebih lagi

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Malaysia kini mempunyai perjanjian vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk imunisasi seluruh populasi orang dewasa, dengan lebih banyak pengeluar gantian jika vendor tertentu gagal menyediakannya.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin (JKJAV) Khairy Jamaluddin berkata selain akan meliputi sebanyak 82.2 peratus penduduk yang diumumkan semalam, Malaysia telah berunding dengan Pfizer, jika perlu untuk pilihan meningkatkan pembeliannya.

Sekiranya pilihan itu dilaksanakan, ia akan menggandakan pesanan Malaysia terhadap vaksin Pfizer daripada 12.8 juta dos (untuk 6.4 juta orang) kepada 25.6 juta dos (untuk 12.8 juta orang).

"Kalau kita perlukan, saya telah berunding dengan Pfizer bagi memesan 20 peratus lagi untuk 20 peratus penduduk Malaysia.

"Sebab saya berbuat demikian kerana di Amerika Syarikat, ada dua saja vaksin yang dah lulus.

"Iaitu Pfizer dan Moderna, jadi kami tahu ini hal yang sudah tentu dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM sedang menguruskan soal kelulusannya sekarang," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, memberitahu Malaysia juga masih merundingkan perjanjian tambahan bekalan vaksin dengan syarikat seperti Moderna dan Johnson & Johnson.

Khairy juga berkata, "Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin (JKJAV) tidak mengesyorkan vaksin ini diberikan kepada kanak-kanak."

"Jadi, daripada itu serta-merta, anda dapat menolak keluar 20 ke 30 peratus daripada populasi anda.

"Jadi kita ada (vaksin) mencukupi untuk semua populasi dewasa yang layak untuk terima (imunisasi)," jelasnya.

[Baca laporan penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.