Menteri agama tak mahu lagi dengar isu pendakwah mencabul
Pendakwah agama terutamanya mereka yang berstatus selebriti diingatkan agar tidak lagi terlibat dalam isu-isu kontroversi melibatkan dakwaan mencabul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata, dia tidak lagi mahu mendengar mengenai perkara sedemikian bagi mengelak persepsi buruk terhadap golongan pendakwah khususnya Islam.
“Saya nak cakap kepada semua walaupun saya menteri tapi saya seorang menteri yang menyokong anda semua, semoga tuan-tuan diberi kekuatan dan kekayaan.
“Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya tak mahu dengar pencabulan. Nikah dua, nikah tiga, nikah empat tak mengapa.
“Tapi cabul ini, Allah. Nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Tausyiah YB Menteri bersama pendakwah selebriti di Sepang, hari ini.
Pertemuan itu dibuat ditengah-tengah kontroversi melibatkan seorang pendakwah selebriti yang juga seorang peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.
Minggu lalu, Syed Shah yang lebih dikenali sebagai Dai Syed dihadapkan dengan pertuduhan seks di luar tabii, rogol dan cabul.
Dakwaan berkenaan hangat diperkatakan di media sosial dan mengundang kritikan kepada program realiti bercorak keagamaan.
Selain isu berkenaan, seorang pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri yang juga dikenali sebagai 'ustaz budak' didakwa di mahkamah kerana melakukan kelucahan melampau.
Manakala seorang pengetua sekolah menengah agama di Machang, Mazlelee Mustafa berdepan enam tuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajarnya sejak dua tahun lalu.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata persepsi buruk cepat tersebar bilamana isu moral membabitkan golongan agama dan pendakwah berlaku.
“Kalau yang ustaz (terlibat isu moral) dengan gambar-gambar sekali (tersebar).
"Kalau ustaz dua minit kita tahu dah siapa (pelakunya), kalau artis kita kena tanya- tanya siapa orang yang terlibat,”katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai