Skip to main
Logo Malaysiakini

Berita terhangat 2020 - pilihan pembaca Malaysiakini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

UNDIAN | Setiap kali hujung tahun tiba, Malaysiakini menyajikan senarai berita terhangat 2020 untuk dipilih oleh pembaca.

Untuk tahun ini, seramai 1,013 pembaca menyertai tinjauan ini.

Undian dibuat dengan menyatakan mata bagi 18 berita yang disedikan oleh Malaysiakini - dari 0 (terendah) kepada 10 (tertinggi).

Berikut berita terhangat pilihan pembaca untuk 2020:

Didakwa lagi: Pertuduhan rasuah terhadap menteri kewangan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew (4,845 undi)


Tekanan pada media: Pertuduhan menghina mahkamah terhadap Malaysiakini, siasatan berkaitan laporan kebakaran hospital oleh Code Blue dan serangan terhadap dokumentari Al Jazeera (5,336 undi).


Tekanan terhadap pekerja asing: Serbuan terhadap Al Jazeera, tindakan imigresen dan penyebaran Covid-19 di kem tahanan dan pengusiran pendedah maklumat Rayhan Kabir (5,630 undi)


Politik kaum dan agama: Kenyataan pemimpin PAS berkaitan kitab Injil “dipesongkang”, kenyataan MB Kedah isu ‘mabuk todi’ dan langkah mengetatkan jualan likuor (arak suling) (5,755 undi)


Dilepas tanpa dibebaskan: Riza Abdul Aziz, Musa Aman and Tengku Adnan Tengku Mansor. Akan ada lagi? (5,782 undi)


Langkah Anwar: Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk menjatuhkan PN, setakat ini belum dibuktikan (5,923 undi)


Belanjawan 2021: Kontroversi undian terima/tolak, Jasa dihidupkan semula dengan peruntukan RM85.5 juta (6,071 undi)


Penjajaran semula parti politik: Bersatu, Umno, PAS, Pejuang, Muda, Warisan, GPS, PN, Muafakat, Harapan banyak lagi1. Keliru? (6,172 undi)


Krisis air yang tak pernah selesai: Selangor berdepan masalah bekalan air, kebanyakannya disebabkan pencemaran (6,232 undi).


Warisan kalah di Sabah: Peralihan sokongan mendorong ke arah pilihan raya negeri pada September. Bersatu-Umno dan sekutunya menang (6,295 undi)


Pelanggaran kuarantin: Menteri/MP/VIP melanggar perintah SOP Covid-19, termasuk Khairuddin Aman Razali ketika kembali dari Turki (6,722 undi).


Cubaan darurat: Muhyiddin Yassin memohon perintah darurat bagi mengekang Covid-19 tetapi ditolak oleh Agong (6,783 undi)


 Gelombang ketiga: Selepas pilihan raya Sabah, gelombang baru Covid-19 mencatat rekod baru (7,030 undi)


Peralihan kuasa di negeri-negeri: Langkah Sheraton menyebabkan peralihan kuasa di peringkat negeri - Johor, Malacca, Perak dan nd Kedah (7,089 undi)


Perintah Kawalan Pergerakan: PKP, PKPB, PKPP, PKPD (7,547 undi)


Covid-19: Pandemik yang tidak pernah berlaku ini menjangkiti lebih 70 juta dan mengorbankan 1.6 orang. Malaysia tidak terkecuali. (8,036 undi)


Najib bersalah: Najib Razak dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dalam kes melibatkan SRC, bekas anak syarikat 1MDB (8,242 undi)


Langkah Sheraton dan kejatuhan PH: Azmin Ali dan penyokongnya meninggalkan PKR untuk menyokong Muhyiddin sebagai PM selepas Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.