Skip to main
Logo Malaysiakini

Siapa pencetus berita 2020?

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

UNDIAN | Sepanjang 20 tahun, Malaysiakini tanpa gagal akan menamakan pencetus berita sebelum berlabuhnya tirai bagi setiap tahun.

Pencetus berita didefinasikan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk utama berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan mewujudkan kesan dalam politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau sebaliknya".

Malaysiakini mencalonkan 22 pihak sebagai pencetus berita 2020.

Sejumlah 1,013 mengambil bahagian dalam pengundian. Mereka mengundi calon pilihan masing-masing- dengan 0 adalah yang terendah dan 10 yang tertinggi.

Dan ini keputusannya…

Zuraida Kamaruddin, orang kuat Azmin Ali, yang secara tidak langsung melemahkan PKR (4,011 undi)


Annuar Musa, menteri Wilayah Persekutuan dan pemimpin Umno, dilihat sebagai pendukung kuat PN (4,104 undi)


Zulkifli Mohamad, menteri agama yang dijangkiti Covid selepas melawat Sabah (4,134 undi)


Tengku Zafrul Aziz, meninggalkan CIMB untuk menjadi menteri kewangan (4,298 undi)


Ismail Sabri Yaakob, menteri kanan (keselamatan), jurucakap Majlis Keselamatan Negara (4,506 undi)


Azhar Azizan Harun atau Art Harun, meninggalkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan menjadi speaker Dewan Rakyat (4,709 undi)


Musa Aman, bekas ketua menteri Sabah, selepas dilepaskan di mahkamah, cuba kembali ke tampuk kekuasaan negeri tetapi hasilnya tidak seperti dijangka (4,845 undi)

Wong Yan Ke, bekas aktivis UM yang berdepan pendakwaan mahkamah selepas membuat siaran langsung FB berkaitan serbuan polis (5,107 undi)


Khairuddin Aman Razali, menteri yang melanggar perintah kuarantin dan didenda (5,113 undi) 


Shafie Apdal, pemimpin Warisan yang kalah dalam PRN Sabah dan dinamakan sebagai calon PM berpotensi PH Plus (5,359 undi)


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas menteri yang memilih haluan berbeza daripadanya mentornya Mahathir Mohamad, menubuhkan parti untuk anak muda (5,362 undi)

Ebit Lew, pendakwah dan dermawan (5,456 undi)


Samuel Isaiah, atau Teacher Sam, finalis Global Teacher Prize 2020 susulan khidmatnya terhadap anak Orang Asli (5,821 undi)

Azmin Ali, individu penting dalam Langkah Sheraton (6,044 undi)


Anwar Ibrahim, masih bakal perdana menteri? 6,132 undi)

Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (6,177 undi)

Dr Mahathir Mohamad, PM dua kali tetapi yang meletakkan jawatan selepas dikatakan dikhianati orang sendiri (6,179 undi)

Veveonah Mosibin, pelajar Sabah yang memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet (6,216 undi)

Najib Abdul Razak atau Bossku, dari PM kepada seorang pesalah (6,345 undi)


Muhyiddin Yassin, mengambil alih jawapan PM dari Mahathir, bekas bosnya.


Noor Hisham Abdullah, tokoh penting melawan Covid-19 di Malaysia (7,740 undi)


Petugas barisan hadapan Covid-19 - doktor, jururawat, kakitangan hospital, polis dan bomba (8,006 undi)