2020 labuhkan tirai dengan kes paling tinggi
- Dikemas kini dengan laporan penuh.
Sebanyak 2,525 kes Covid-19 direkodnya hari ini, dengan hampir separuh kes di Selangor.
Jumlah itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini, memecahkan rekod lima hari lalu (2,335 kes).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes (47.7 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 995 kes (82.6 peratus), diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes (11.8 peratus) dan Melaka sebanyak 239 kes (9.5 peratus).
Sebanyak 304 kes (12.0 peratus) pula berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.
Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes), Kluster Pagar Siput (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Pagar Bentong (2 kes), Kluster Tembok Gajah (1 kes), Kluster Tembok (1 kes), Kluster Kolam Air (1 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).
Status terkini:
Jumlah sembuh baru: 1,481
Jumlah kumulatif discaj: 88,941 kes (78.7%)
Jumlah kes baru: 2,525
Jumlah kumulatif: 11,3010
Jumlah kes aktif: 23,598
Kes tempatan: 2,512
Kes import: 13
Jumlah kematian baru: 8 (8 warganegara)
Jumlah kumulatif kematian: 471 kes (0.42%)
Jumlah kes di ICU: 131 kes
Pesakit intubated: 60 kes
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai