Skip to main
Logo Malaysiakini

2,068 kes baru, hampir 60 peratus di Lembah Klang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Terdapat 2,068 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), menjadikan jumlah kes positif di Malaysia setakat ini sebanyak 115,078 kes.

Hampir 60 peratus daripada 2,068 kes baru ini dilaporkan di Lembah Klang, dengan lebih separuh kes baru di Selangor dikenal pasti daripada kluster-kluster dan ujian saringan kontak rapat.

Terdapat 776 kes (37.5 peratus) baru dilaporkan di Selangor dan 427 kes (22.1 peratus) di Kuala Lumpur.

Sebanyak 351 kes baru (kira-kira 45 peratus) di Selangor dikenal pasti daripada "lain-lain saringan".

Negeri dengan kes ketiga tertinggi adalah Sabah dengan 254 kes (12.3 peratus).

Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

Kes aktif: 23,433 ↓ (kurang 165 daripada semalam)

Pesakit di ICU: 126 ↓ (kurang lima daripada semalam)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 54 ↓ (Kurang enam daripada semalam)

Kematian: 3 (kesemuanya warga tempatan)

Kes 87,659 - Lelaki 69 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan dislipidemia.

Kes 98,014 - Lelaki 94 tahun yang meningal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi, demensia dan bronchiectasis.

Kes 112,093 - Perempuan 58 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan seramai 2,230 lagi pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 91,171 kes (79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Tiga kluster baru

KKM turut memaklumkan tiga kluster baru telah dikenal pasti hari ini. Kluster pertama adalah Kluster Rawa Akasia melibatkan daerah Timur Laut, Barat

Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Kes indeks kluster ini dikenal pasti pada 24 Dis melalui saringan individu bergejala. Setakat ini, sejumlah 322 individu telah disaring dan 117 kes positif dikenal pasti.

Kluster baru kedua adalah Kluster Jalan Perindustrian melibatkan daerah Kulai di Johor.

Kes indeks dikenal pasti pada 28 Dis melalui saringan bersasar tempat kerja. Sehingga kini, sejumlah 95 individu telah disaring dengan 20 daripadanya dikesan positif.

Kluster baru ketiga adalah Kluster Rantau Semarak, melibatkan Maran di Pahang dan Gombak di selangor.

Kes indeks dikenal pasti positif pada 28 Dis melalui saringan individu bergejala. Setakat ini, seramai 69 individu telah disaring dengan 18 daripadanya positif.

Berikut ialah perincian kes baru mengikut negeri:

Selangor: 776 kes

  • 114 kes daripada kluster sedia ada
  • 311 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 351 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 457 kes

  • 304 kes daripada kluster sedia ada;
  • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Satu kes import dari luar negara
  • 58 kes daripada lain-lain saringan

Sabah: 254 kes

  • Sembilan kes daripada kluster sedia ada
  • 166 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 79 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 226 kes

  • 185 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 110 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Rawa Akasia
  • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 26 kes daripada lain-lain saringan

Johor: 112 kes

  • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Perindustrian
  • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 17 kes daripada lain-lain saringan

Kelantan: 53 kes

  • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada
  • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 16 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 51 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 14 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 51 kes

  • Lapan kes daripada kluster-kluster sedia ada
  • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 11 kes lain-lain saringan

Melaka: 23 kes

  • Tiga kes daripada kluster sedia ada
  • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Sembilan kes daripada lain-lain saringan

Kedah: 20 kes

  • Lapan kes daripada kluster sedia ada
  • Tujuh kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Lima kes daripada lain-lain saringan

Pahang: 16 kes

  • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster baru iaitu Kluster Rantau Semarak
  • Tiga kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Dua kes daripada lain-lain saringan

Terengganu: 14 kes

  • Enam kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Lapan kes daripada lain-lain saringan

Sarawak: Lapan kes

  • Lima kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Tiga kes daripada lain-lain saringan

Putrajaya: Empat kes daripada lain-lain saringan

Labuan: Tiga kes

  • Satu kes daripada kluster sedia ada
  • Satu kes import dari luar negara
  • Satu kes daripada lain-lain saringan


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.