Skip to main
Logo Malaysiakini

KM minta rakyat bertenang lepas lonjakan kes Covid-19 di P Pinang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, lonjakan mendadak kes Covid-19 baru di Pulau Pinang berpunca daripada saringan bersasar terhadap pekerja asing di tapak pembinaan dan kilang di negeri ini.

Oleh itu, Chow berkata peningkatan kes baru telah dijangkakan kerana jabatan kesihatan negeri bekerjasama dengan majikan untuk memastikan 135,490 pekerja asing akan disaring.

Katanya, daripada 226 kes baru yang dilaporkan semalam, 185 dari kluster sedia ada dan 110 kes melibatkan kluster Rawa Akasia sahaja.

"Rakyat Pulau Pinang diminta untuk tetap tenang dan tidak mengabaikan peraturan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) serta peraturan PKP diperketatkan di Mukim 12 dan Mukim 13," katanya.

Sedikit perincian mengenai kluster Rawa Akasia telah dikongsi oleh

Kementerian Kesihatan setakat ini tidak banyak berkongsi perincian mengenai kluster Rawa Akasia. Kes indeks, seorang wanita Malaysia, 50, dari daerah Timur Laut, didiagnosis positif Covid-19 pada 24 Disember selepas melaporkan gejala.

Menjelang 28 Disember, empat orang kenalannya positif. Antara 30 Disember 2020 dan 1 Jan 2021, 114 lagi kenalan daripada empat orang itu pula positif, termasuk 102 warga asing, yang tersebar di daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya di negeri itu.

Terdapat sembilan kluster Covid-19 yang aktif di Pulau Pinang.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.