Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Lebih 2,000 kes baru untuk tiga hari berturut-turut

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 2,295 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia setakat ini sebanyak 117,373 kes.

Ini merupakan kali pertama kes baru melangkaui 2,000 untuk tiga hari berturut-turut.

Seperti semalam, Selangor mencatatkan kes baru tertinggi dengan 638 kes (27.8 peratus) dengan 77.7 peratus daripadanya (496 kes) dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Johor dan Pulau Pinang juga mencatatkan peningkatan kes dengan masing-masing mencatatkan 580 kes (25.3 peratus) dan 288 kes (12.5 peratus).

Sebanyak 135 kes baru (5.9 peratus) berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara, iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan (109), Kluster Tembok Gajah (14), Kluster Kolam Air (3), Kluster Tembok (3), Kluster Penjara Seberang Perai (3), Kluster Tembok Mempaga (2) dan Kluster Tembok Choh (1).

KKM turut memaklumkan seramai 3,321 lagi pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 94,492 kes (80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

Kes aktif: 22,398 ↓ (kurang 1,035 daripada semalam)

Pesakit di ICU: 125 ↓ (kurang seorang daripada semalam)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 51 ↓ (Kurang tiga daripada semalam)

Kematian: 9 (kesemuanya warga tempatan)

Pesakit 90,455 - Lelaki 73 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Boleh. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, benign prostatic hyperplasia, katarak, dan glaukoma.

Pesakit 97,077 - Perempuan 67 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur. Mengidap penyakit darah tinggi, kanser dan dislipidemia.

Pesakit 101,095 - Perempuan 41 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mengidap penyakit kencing manis dan obesiti.

Pesakit 112,584 - Lelaki 82 tahun yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Mengidap penyaki Chronic Obstructive Airway Disease, demensia dan masalah pendengaran.

Pesakit 113,247 - Perempuan 65 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pesakit 114,024 - Lelaki 76 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Pesakit 114,025 - Lelaki 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Ampang. Mengidap penyakit tuberculosis.

Pesakit 114,536 - Lelaki 72 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Pesakit 115,055 - Lelaki 72 tahun yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Mengidap penyakit kencing manis, jantung, buah pinggang, Chronic Obstructive Airway Disease dan Peripheral Vascular Disease.

Berikut ialah perincian kes baru mengikut negeri:

Selangor: 638 kes

  • 284 kes daripada kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Renggam dan Kluster Tapak Bina Casuarina
  • 212 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Dua kes import dari luar negara
  • 140 kes daripada lain-lain saringan

Johor: 580 kes

  • 431 kes daripada kluster, termasuk 231 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Dewani dan Kluster Harum
  • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 73 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 288 kes

  • 82 kes daripada kluster sedia ada
  • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 193 kes daripada lain-lain saringan

Sabah: 259 kes

  • 15 kes daripada kluster, termasuk empat kes daripada kluster baru iaitu Kluster Batu Lapan
  • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 79 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 156 kes

  • 10 kes daripada kluster sedia ada
  • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 6 kes import dari luar negara
  • 71 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 131 kes

  • 86 kes daripada kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan BBN
  • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 13 kes daripada lain-lain saringan

Melaka: 95 kes

  • 88 kes daripada kluster sedia ada
  • 6 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Kedah: 47 kes

  • 37 kes daripada kluster sedia ada
  • 7 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 3 kes daripada lain-lain saringan

Pahang: 29 kes

  • 7 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Kelantan: 26 kes

  • 17 kes daripada kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster baru iaitu Kluster Belukar
  • 6 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • Tiga kes daripada lain-lain saringan

Terengganu: 16 kes

  • 3 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kolam Permai
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 12 kes

  • 3 kes daripada kluster sedia ada;
  • 3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes import dari luar negara
  • 5 kes lain-lain saringan

Putrajaya: 12 kes

  • 9 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 3 kes lain-lain saringan

Sarawak: 5 kes

  • 4 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Mador
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Labuan: 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif 

[Untuk jumlah kumulatif kes baruselama 14 hari lalu berdasarkan mukim, klik di sini. Untuk perincian kes baru berdasarkan kluster, klik di sini. Kemungkinan terdapat data yang belum dikemas kini oleh jabatan kesihatan negeri.]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.