Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ: M'sia belanja RM16.6 juta untuk 'peti sejuk khas' vaksin Pfizer

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan akan membelanjakan RM16.6 juta dana awam untuk kemudahan penyimpanan dan peralatan yang diperlukan oleh vaksin Pfizer Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini berkata peruntukan itu akan meliputi pembelian 55 tempat penyejuk beku suhu ultra rendah yang digunakan untuk menyimpan botol vaksin.

Setiap peti sejuk beku itu dianggarkan berharga antara RM70,000 hingga RM80,000. Vaksin Pfizer perlu disimpan pada suhu negatif (-) 70° Celsius.

Selain "peti sejuk beku" ini, Khairy berkata kerajaan juga perlu membeli "peralatan perubatan lain yang berkaitan" untuk menyimpan vaksin berkenaan.

Walaupun perjanjian Putrajaya dengan Pfizer memerlukan pengeluar ubat Amerika Syarikat itu untuk menampung kos penghantaran, Khairy berkata hal ini tidak termasuk kos penyimpanan.

"Pfizer menyampaikannya sampai ke tahap vaksinasi tetapi penyimpanan menjadi tanggungjawab kita," tambahnya.

Perjanjian pemerolehan vaksin Malaysia dengan Pfizer adalah tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan (NDA).

Menteri itu bercakap kepada media petang ini setelah memberi taklimat selama tiga jam mengenai perjanjian itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) di parlimen.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.