Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (5 Jan): 2,027 kes baru, 8 lagi kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,027 kes Covid-19 baru dengan lapan lagi kes kematian.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes harian tertinggi dengan yang terbaru setakat tengah hari tadi 509 kes.

Petunjuk utama:

  • Kes aktif: 22,887 ↑ (489 lebih banyak daripada hari sebelumnya)
  • Pesakit di ICU: 123 ↓ (2 lebih sedikit daripada hari sebelumnya)
  • Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 52 ↑ (1 lebih banyak daripada hari sebelumnya)
  • Kematian: 8

Daripada lapan kematian baru yang dilaporkan, lima dilaporkan di Sabah.

Angka kematian Covid-19 yang terkumpul untuk Sabah telah mencapai 275 atau 54 peratus daripada jumlah keseluruhan (509).

Lapan kes kematian itu adalah seperti berikut:

Pesakit 74,182 - Lelaki, 74, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Tiada sejarah penyakit yang diketahui.

Pesakit 80,539 - Wanita, 54, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah. Tiada sejarah penyakit yang diketahui.

Pesakit 93,490 - Lelaki, 67, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.

Pesakit 98,898 - Lelaki, 78, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Pesakit 99,298 - Wanita, 63, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuang Rahimah, Selangor. Tiada sejarah penyakit yang diketahui.

Pesakit 100,486 - Lelaki, 62, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Pesakit 119,306 - Lelaki, 69, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Pesakit 114,036 - Wanita asing, 52, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuang Rahimah, Selangor. Tiada sejarah penyakit yang diketahui.

Daripada 2,027 kes baru yang dilaporkan, 16 diimport.

Kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (509)
Kluster sedia ada: 19
Kluster baru: 90
Kontak rapat: 229
Pemeriksaan lain: 171

Johor (428)
Kluster sedia ada: 256
Kluster baru: 41
Kontak rapat: 78
Diimport: 9
Pemeriksaan lain: 46

Sabah (383)
Kluster sedia ada: 20
Kluster baru: 12
Kontak rapat: 112
Diimport: 6
Pemeriksaan lain: 51

Kuala Lumpur (313)
Kluster sedia ada: 27
Kluster baru: 117
Kontak rapat: 112
Diimport: 6
Pemeriksaan lain: 51

Negeri Sembilan (98)
Kluster sedia ada: 63
Kontak rapat: 23
Pemeriksaan lain: 12

Pulau Pinang (60)
Kluster sedia ada: 38
Kontak rapat: 13
Pemeriksaan lain: 9

Kedah (47)
Kluster sedia ada: 24
Kontak rapat: 16
Pemeriksaan lain: 7

Kelantan (42)
Kluster sedia ada: 12
Kontak rapat: 27
Pemeriksaan lain: 3

Labuan (37)
Kontak rapat: 27
Pemeriksaan lain: 10

Pahang (25)
Kluster sedia ada: 10
Kontak rapat: 12
Pemeriksaan lain: 3

Perak (25)
Kluster sedia ada: 8
Kontak rapat: 12
Pemeriksaan lain: 5

Melaka (21)
Kontak rapat: 18
Pemeriksaan lain: 3

Sarawak (13)
Kluster sedia ada: 1
Kluster baru: 1
Kontak rapat: 1
Pemeriksaan lain: 10

Terengganu (13)
Kluster sedia ada: 2
Kluster baru: 1
Kontak rapat: 6
Pemeriksaan lain: 4

Putrajaya (13)
Kluster sedia ada: 3
Kontak rapat: 8
Pemeriksaan lain: 2

Kementerian Kesihatan hari ini tidak mengadakan sidang media, justeru kapasiti RT-PCR dan jumlah ujian tidak tersedia hari ini.

Terdapat 242 kluster Covid-19 aktif yang mana 53 daripadanya mencatat kes baru.

Jumlah kes baru tertinggi adalah dari Kluster Jalan Perindustrian (200 kes baru) yang melibatkan daerah Kulai di Johor. Kluster ini melibatkan tempat kerja.

Kluster kedua yang paling aktif adalah kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes baru) yang melibatkan tapak pembinaan, kluster baru yang melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, Kementerian Kesihatan hari ini mengklasifikasikan 11 kluster baru.

Kluster Jalan Playar dan Sri Suria melibatkan sebuah kilang di daerah Petaling, Selangor di mana masing-masing 68 kes dan 16 kes telah dikesan.

Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih melibatkan tapak pembinaan di daerah Hulu Langat di Selangor di mana 17 kes telah dikesan.

Kluster Bukit Angkat melalui saringan bersasar sebuah syarikat di daerah Hulu Langat di Selangor di mana 25 kes telah dikesan.

Kluster Parit Jamil melibatkan daerah Muar di Johor di mana kes indeks dikesan pada 29 Disember 2020 setelah melaporkan gejala. Sehingga hari ini, 612 individu telah disaring dan 62 orang positif Covid-19.

Kluster Tombovo melibatkan daerah Putatan di Sabah di mana kes indeks dikesan pada 3 Januari setelah melaporkan gejala dan 18 kes telah dikesan setakat ini.

Kluster Tapak Bina Jalan Desa yang disebutkan di atas melibatkan pemeriksaan 800 individu dan 116 kes yang dikesan setakat ini.

Kluster Jalan Raja melibatkan pusat beli-belah di mana penyaringan secara besar-besaran bermula pada 19 Disember 2020. Sehingga hari ini, 25 kes telah dikesan di seluruh daerah Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur.

Kluster Langit Selatan melibatkan daerah Kuantan di Pahang di mana kes indeks dikesan pada 31 Disember 2020 setelah melaporkan gejala. Setakat ini, sembilan kes dikaitkan dengan kluster itu.

Kluster Bah Sayap melibatkan daerah Miri di Sarawak di mana kes indeks dikesan pada 31 Disember 2020 setelah melaporkan gejala. Terdapat lima kes dalam kluster ini setakat ini.

Kluster Mengkuang melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu di mana kes indeks dikesan pada 1 Januari setelah melaporkan gejala. Sehingga hari ini, terdapat 10 kes dalam kluster ini.